Sihat Alami

Cara Kurangkan Sakit Lutut

Posted on: June 3, 2015

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sakit lutut yang berpunca daripada kecederaan mahupun masalah osteoartritis yang dialami sejak bertahun lalu.

Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu lutut dalam keadaan baik.

+ Jangan terlalu banyak rehat. Banyak berehat akan membuatkan otot lebih lemah, sekali gus memburukkan keadaan sendi yang kesakitan. Cari program senaman yang selamat dan sesuai untuk sakit lutut.

Jika tidak pasti dengan teknik senaman itu, berbincang dengan doktor atau pakar terapi fizikal.

Elakkan risiko jatuh. Lutut yang sakit akan membuatkan diri tidak stabil lalu boleh menyebabkan terjatuh.

+ Elakkan terjatuh dengan berjalan di kawasan terang dan berpermukaan rata. Pegang pada penghadang ketika naik atau turun tangga walaupun rasa diri mampu melakukannya tanpa bantuan.

Sentiasa gunakan tangga atau bangku teguh jika perlu mendapatkan sesuatu dari kawasan tinggi.

+ Amalkan ‘RICE’ (Rest, Ice, Compression dan Elevation). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis. Rehatkan lutut apabila perlu. Letakkan ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

+ Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

+ Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

+ Pertimbangkan rawatan akupunktur. Teknik perawatan tradisional Cina ini membabitkan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

+ Jangan membiarkan kasut memburukkan keadaan. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

Jangan tambahkan kesakitan pada lutut. Senaman impak tinggi hanya memudaratkan kesakitan itu. Elakkan senaman seperti berlari, melompat dan kickboxing. Selain itu, elakkan senaman seperti ‘lunges’ dan mencangkung (squat) kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada lutut.

+ Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera. Jika sakit lutut baru sahaja dirasai, sebaiknya jumpa doktor. Rawatan awal akan membantu mengelakkan mudarat pada masa depan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Utama

Top Clicks

  • None

Kalendar Bumi

June 2015
M T W T F S S
« Jun   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: