Sihat Alami

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

“Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,” ujar beliau.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.

Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.

Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.

Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.

“Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.

“Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,” katanya lagi.

Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.

Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.

Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai “tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.”

Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.

“Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,” terangnya.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.

“Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,” jelas beliau.

Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.

UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.

Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.

Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.

“Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,” katanya.

.

.

Cara lain kurangkan kolestrol dengan 7 ramuan mudah —> http://juslessterol.wordpress.com/

APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini.

Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang.

Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.

”Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh,” katanya.

Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.

Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.

Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini.

Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.

“Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),” katanya.

Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).

Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL).

“Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),” katanya.

Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.

Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti

zaitun,

bijan,

kacang,

jagung,

kanola

manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri,

selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).

Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.

”Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu.

”Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,” katanya.

Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.

Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebu dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat.

Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak.
Sumber

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sakit lutut yang berpunca daripada kecederaan mahupun masalah osteoartritis yang dialami sejak bertahun lalu.

Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu lutut dalam keadaan baik.

+ Jangan terlalu banyak rehat. Banyak berehat akan membuatkan otot lebih lemah, sekali gus memburukkan keadaan sendi yang kesakitan. Cari program senaman yang selamat dan sesuai untuk sakit lutut.

Jika tidak pasti dengan teknik senaman itu, berbincang dengan doktor atau pakar terapi fizikal.

Elakkan risiko jatuh. Lutut yang sakit akan membuatkan diri tidak stabil lalu boleh menyebabkan terjatuh.

+ Elakkan terjatuh dengan berjalan di kawasan terang dan berpermukaan rata. Pegang pada penghadang ketika naik atau turun tangga walaupun rasa diri mampu melakukannya tanpa bantuan.

Sentiasa gunakan tangga atau bangku teguh jika perlu mendapatkan sesuatu dari kawasan tinggi.

+ Amalkan ‘RICE’ (Rest, Ice, Compression dan Elevation). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis. Rehatkan lutut apabila perlu. Letakkan ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

+ Jangan pandang remeh pada berat badan. Jika mengalami peningkatan berat badan, segera menurunkannya menerusi senaman dan pengambilan makanan seimbang. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Tidak perlu sehingga mencapai berat badan ideal. Cukup sekadar untuk tubuh yang lebih sihat.

+ Jangan malu menggunakan tongkat ketika berjalan. Berjalan dengan tongkat membantu mengurangkan tekanan pada lutut.

+ Pertimbangkan rawatan akupunktur. Teknik perawatan tradisional Cina ini membabitkan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh yang dikenal pasti membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan.

+ Jangan membiarkan kasut memburukkan keadaan. Memakai kasut yang mempunyai lapisan kusyen tambahan dapat membantu mengurangkan tekanan pada lutut. Untuk pesakit osteoartritis lutut, doktor biasanya mengesyorkan lapik dalaman khas yang boleh didapati di kedai kasut khusus.

Jangan tambahkan kesakitan pada lutut. Senaman impak tinggi hanya memudaratkan kesakitan itu. Elakkan senaman seperti berlari, melompat dan kickboxing. Selain itu, elakkan senaman seperti ‘lunges’ dan mencangkung (squat) kerana ia memberikan tekanan berlebihan pada lutut.

+ Dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera. Jika sakit lutut baru sahaja dirasai, sebaiknya jumpa doktor. Rawatan awal akan membantu mengelakkan mudarat pada masa depan

Jerawat dan punca

Jerawat boleh dianggap sebagai bisul kecil yang menyerang kulit muka atau badan. Jerawat bukan saja menyerang muka malah leher dan badan apabila hormon tidak seimbang.

Kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma. Kuman ini membina rumahnya di dalam epidermis. Ia mengeluarkan enzim yang mampu menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiak hingga ke dermis.

Lebih dalam ia masuk ke dalam kulit maka lebih seriuslah masalah jerawat. Biarpun jerawat sembuh tetapi parut yang ditinggalkan adalah dalam dan kelihatan hodoh. Parut yang dalam membuatkan kulit tampak berbintik-bintik .

Jerawat yang teruk menimbulkan stigma sosial kerana ia menyebabkan kulit berparut. dan mengubah rupa seseorang. Seseorang gadis atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika dihinggapi masalah jerawat. Penampilan juga akan terjejas.

Kuman jerawat mudah hidup apabila sebaceous gland menjadi aktif. Sebaceus gland merupakan kelenjar pengeluar cecair berminyak yang melembapkan kulit kita. Kelenjar sebaceus penting kerana tanpanya kulit akan kering dan mengelupas. Namun apabila ia terlalu aktif kulit akan menjadi berjerawat. Kuman jerawat mudah hidup dan membiak pada jenis kulit yang begini.

Oleh itu seseorang yang mempunyai banyak hormon androgen mudah terkena jerawat. Hormon androgen merangsang pengeluaran sebum dari kelenjar sebaceous. Kerana itulah sesetengah doktor mencadangkan pil perancang keluarga bagi mengatasi masalah jerawat. Pil tersebut merupakan sejenis hormon wanita yang boleh membantu menghalang pembentukan jerawat.

Sebum yang banyak terhasil akibat lebihan endrogen menyebabkan pori-pori tersumbat, bintik-bintik hitam dan putih terhasil. Corynebacterium akan mula membiak, jerawat juga terhasil. Akhirnya, kita perlu mencari solusi dan rawatan yang sesuai untuk menghilangkan jerawat.

Punca Penyakit Buasir

Mencari ubat buasir? Ketahui dulu beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:

  • Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki. Mencari ubat buasir?

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Mencari ubat buasir?

  • Masalah sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar. Mencari ubat buasir?

  • Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus. Mencari ubat buasir?

  • Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini. Mencari ubat buasir?

Sumber: http://www.anispharmacy.com

Jangan Lakukan Kesilapan Ini Semasa Bersenam

Bersenam memanglah bagus untuk kesihatan. Namun begitu, tahukah anda bahawa sesetengah cara atau kaedah senaman anda itu mungkin tidak menepati kaedah sebenar yang sepatutnya anda amalkan? Sila baca tips dari Kementerian Kesihatan ini untuk mengetahui jawapannya.

Berikut adalah 7 kesilapan yang kerap dilakukan semasa bersenam:

1. Bersenam Keterlaluan

Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika anda bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

2. Tidak memanaskan badan

Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

3. Beban yang terlalu berat

Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

4. Terlalu cepat & awal

Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

5. Langkah yang silap

Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri anda. Jika anda bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

6. Tidak minum secukupnya

Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.

7. Makan terlalu sedikit

Tambahkan tenaga dengan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik.

**Ada pemain tenis makan pisang semasa rehat permainan untuk tambahkan tenaga. Lihatlah betapa pentingnya makan sebelum anda bersenam.

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi ini amat mudah dilakukan.

1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

8.  Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

9.  Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

10.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selamat mencuba…

Sumber dari Wazy84.com

Utama

Top Clicks

  • None

Kalendar Bumi

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031