Sihat Alami

Posts Tagged ‘masalah jerawat

Jerawat dan punca

Jerawat boleh dianggap sebagai bisul kecil yang menyerang kulit muka atau badan. Jerawat bukan saja menyerang muka malah leher dan badan apabila hormon tidak seimbang.

Kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma. Kuman ini membina rumahnya di dalam epidermis. Ia mengeluarkan enzim yang mampu menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiak hingga ke dermis.

Lebih dalam ia masuk ke dalam kulit maka lebih seriuslah masalah jerawat. Biarpun jerawat sembuh tetapi parut yang ditinggalkan adalah dalam dan kelihatan hodoh. Parut yang dalam membuatkan kulit tampak berbintik-bintik .

Jerawat yang teruk menimbulkan stigma sosial kerana ia menyebabkan kulit berparut. dan mengubah rupa seseorang. Seseorang gadis atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika dihinggapi masalah jerawat. Penampilan juga akan terjejas.

Kuman jerawat mudah hidup apabila sebaceous gland menjadi aktif. Sebaceus gland merupakan kelenjar pengeluar cecair berminyak yang melembapkan kulit kita. Kelenjar sebaceus penting kerana tanpanya kulit akan kering dan mengelupas. Namun apabila ia terlalu aktif kulit akan menjadi berjerawat. Kuman jerawat mudah hidup dan membiak pada jenis kulit yang begini.

Oleh itu seseorang yang mempunyai banyak hormon androgen mudah terkena jerawat. Hormon androgen merangsang pengeluaran sebum dari kelenjar sebaceous. Kerana itulah sesetengah doktor mencadangkan pil perancang keluarga bagi mengatasi masalah jerawat. Pil tersebut merupakan sejenis hormon wanita yang boleh membantu menghalang pembentukan jerawat.

Sebum yang banyak terhasil akibat lebihan endrogen menyebabkan pori-pori tersumbat, bintik-bintik hitam dan putih terhasil. Corynebacterium akan mula membiak, jerawat juga terhasil. Akhirnya, kita perlu mencari solusi dan rawatan yang sesuai untuk menghilangkan jerawat.


Utama

Top Posts & Pages

Kalendar Bumi

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930